Monday, December 1, 2008

Cerita & Mitos Perniagaan Internet

Seringkali anda mendengar beberapa pernyataan seperti ini:
“bayar sekali, kemudian goyang kaki”
“hanya perlu cari dua orang sahaja”
“satu juta dalam masa 7 hari”
“modal sekali sahaja untuk menyertai program e-dagang kami”
“tak perlu susah-susah berniaga, gunakan sistem autopilot kami!”
“jana duit dengan mudah tanpa perlu berkomunikasi dengan sesiapa”
Sudah pasti anda sudah dan pernah terdedah dengan ayat-ayat sebegitu bukan?
Ketahuilah, itu semua BUKAN perniagaan internet yang sebenar. Ia hanya ingin
menjerat anda tatkala anda sedang mencari pendapatan tambahan. Kebanyakan
program di internet adalah skim cepat kaya yang haram di sisi undang-undang
malah tidak jelas hukumnya di dalam Agama.
Di dalam perniagaan internet, terdapat beberapa mitos yang sentiasa dipercayai
oleh kebanyakan orang:

1. Membuat wang di internet adalah begitu mudah!
Ketahuilah, perniagaan internet bukan semudah disangka, tetapi jika kena
caranya, yang susah akan jadi mudah, terancang dan tersusun. Banyak perkara
perlu dilakukan sebelum anda berjaya mendapatkan hasil jualan yang
memberangsangkan. Anda perlukan masa, usaha yang gigih, kesabaran,
perancangan yang betul serta teknik yang berkesan. Pendek kata, perniagaan
internet adalah sama juga seperti perniagaan konvensional! Seperkara lagi
adalah, proses pembelajaran adalah setiap masa. Saya sendiri sekarang terus
menerus belajar mengenai perniagaan dan pemasaran internet.

2. Sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan internet atau menjana wang
di internet
Tidak semua orang sesuai dan boleh menjadi usahawan internet, sebab
perniagaan internet juga memerlukan ciri-ciri atau nilai keusahawanan itu sendiri.
Jika anda tiada nilai keusahawanan atau business-minded, amat susah untuk
anda maju ke hadapan. Seorang usahawan memerlukan ciri-ciri yang berdayasaing,
sanggup hadapi risiko, berani, berfikiran jauh dan pelbagai lagi sifat yang
penting. Adakah anda memiliki atau boleh memiliki ciri ini?
Begitu juga dengan umur, untuk melakukan sesuatu transaksi jualan contohnya,
anda mesti berumur 18 tahun atau mengikut undang-undang tertentu. Jika di
dalam Islam, anda mesti lengkap dengan syarat-syaratnya agar sah proses jualbeli.

3. Boleh kaya dengan masa yang singkat
Tidak begitu mudah seperti itu. Seorang usahawan internet yang sebenar
biasanya akan mengambil masa untuk mendapat keuntungan pertamanya.
Pemikiran atau mitos sebegini biasanya dipercayai oleh mereka yang berfikiran
tamak, tidak mahu berusaha dan tidak mahu bersusah payah. Pemikiran
sebeginilah punca utama tumbuhnya program-program yang haram di sisi
undang-undang dan Agama, dan pemikiran inilah membuatkan perniagaan
internet anda tidak bergerak maju dan tidak membuahkan hasil!

4. Untuk membangunkan perniagaan internet, ia percuma dan tidak
perlukan kos Tidak dinafikan banyak benda yang percuma di internet seperti perisian, hosting percuma, ebook percuma, domain percuma, tetapi yang percuma itu
kebanyakannya tidak sesuai untuk anda melakukan bisnes internet anda sendiri
dengan kukuh. Anda perlu tahu, untuk mendapatkan pelanggan, anda perlu
melakukan pemasaran yang efektif dan berkesan, maka sudah tentu
kebanyakkannya anda perlu melabur sedikit. Yang gembiranya, kos untuk
perniagaan internet tidaklah setinggi perniagaan biasa. Untuk membina
perniagaan yang stabil dan berdaya saing, anda perlu mengeluarkan sedikit
modal untuk membeli buku rujukan, bengkel, ebook, hosting, nama domain dan
kos untuk pemasaran.

5. Sudah terlambat untuk memulakan perniagaan internet Ketahuilah, dunia internet ini begitu luas dan anda juga boleh maju dan berjaya jika kena caranya. Di dalam bengkel ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk bersaing dengan usahawan internet yang telah berjaya. Jika mereka boleh mendapat keuntungan yang banyak, mengapa tidak anda? Ketahui satu perkataan yang akan menjawab kesalahan mitos karut ini. Anda juga perlu tahu, setiap tahun bilangan pengguna internet juga terus meningkat dengan
mendadaknya.

6. Pendapatan yang besar melalui bisnes internet hanya penipuan semata dan hanya omong kosong! Pegangan ini tidak kurang juga di kalangan kebanyakan orang. Walaupun perniagaan internet memerlukan kos yang rendah, namun anda jangan menafikan yang ia akan mendatangkan pendapatan yang tidak disangkasangka.
Pokoknya seperti yang dikatakan, anda perlu berusaha gigih dan
melakukan dengan cara yang betul.

7. Saya tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat dot com yang besar
Ramai yang mengatakan tidak mampu untuk bersaing dan menandingi kehebatan
Google, Yahoo dan Amazon. Jawapan untuk mitos ini juga sudah terjawab pada
point kelima. Mitos ini tidak benar kerana kita bukan ingin bersaing secara terus
dengan mereka, sebaliknya kita menggunakan konsep ‘Niche Marketing’.

8. Semua pengguna internet di dunia adalah bakal pelanggan saya
Tidak sama sekali kerana pengguna internet ada keperluan dan kehendak
tersendiri mengapa mereka menggunakan internet. Maka di sini, anda perlu tahu
bagaimana untuk ‘memanipulasi’ pengguna internet yang masing-masing di
dalam pasaran tersendiri.

9. Anda tidak perlu tahu sangat mengenai perkara teknikal
Mungkin jawapan ini melemahkan semangat anda sedikit. Tetapi hakikatnya,
anda perlu tahu sekurang-kurangnya perkara asas mengenai hal-hal teknikal
seperti asas penggunaan komputer, pembinaan laman web, autoresponder,
penggunaan hosting dan cara meng-upload fail laman web ke internet. Pendek
kata, anda perlu belajar dan menguasainya tetapi tidaklah perlu sehingga ke
tahap pakar. Mulakan belajar sedikit demi sedikit perkara teknikal sebegini atau
di peringkat permulaan, upahlah mereka yang dapat membantu anda jika anda
ingin cepat dan tidak mahu menunggu, tetapi di dalam masa yang sama, belajar.

10. Perlu berada 24 jam di depan komputer dan melayari internet
Bergantung kepada model perniagaan internet yang anda pilih. Seperti saya,
saya melakukan servis / perkhidmatan pembinaan laman web, maka sudah tentu,
sebahagian masa saya perlu diluangkan di hadapan komputer untuk melakukan
kerja. Tetapi yang fleksibelnya, saya boleh melakukan kerja ini di mana-mana
sahaja dengan syarat ada talian internet.
Jika model anda menjual produk, anda hanya perlu menyemak pesanan / order
sahaja di kotak (inbox) emel anda. Pendek kata, anda hanya perlu luangkan
beberapa jam sahaja sehari di internet untuk menambah pendapatan anda. Maka
sudah tentu perniagaan internet sesuai untuk mereka yang ingin menambah
pendapatan seharian tetapi hanya secara sambilan. Malah, di satu keadaan
tertentu, anda hanya perlu menunggu cek sampai ke rumah ataupun wang terus
masuk ke akaun bank anda sahaja pada tempoh tertentu. Tugas yang lain,
semuanya telah diautomasikan.

11. Siapkan laman web dan pelanggan akan datang sendiri!
Inilah ‘lawak’ terbesar di dalam perniagaan internet. Anda perlu tahu, terdapat
jutaan laman web di internet. Persoalannya, bagaimana pelanggan akan melawat
laman web anda tanpa anda melakukan sesuatu? Tidak logik bukan? Maka
promosi atau pemasaran adalah jawapannya.
Itulah 11 mitos atau kepercayaan ‘karut’ utama yang berlegar di dalam pemikiran
ramai orang di dunia ini, bukan hanya di Malaysia. Anda mahu menafikan atau
tidak, terserahlah, tetapi hakikatnya, itulah kebenaran yang sudah terbukti.
Maka, teruskan pembelajaran di bengkel ini agar anda lebih jelas dan tahu
bagaimana melakukan perniagaan internet yang sebenar.
(Dipetik dari report SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli)

(Seperti yang sedia maklum ramai yang ingin memulakan perniagaan
Internet tetapi tidak pandai bagaimana ingin membina laman web. Ini
membuatkan semangat mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan
Internet terbantut. Jadi dengan NiagaKit semua itu dapat
diselesaikan dalam sekelip mata. Lihat Niaga Kit Dibawah:)

Kedai Online

Tuesday, November 18, 2008

Kisah Gadis 18 Tahun

Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu www.whateverlife.com. Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.

2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun www.whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan.

Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.

Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri

Semoga anda dan ‘saudara’ yang berdebat dengan saya semalam akan mendapat sedikit iktibar dan panduan dari kes kajian Ashley Qualls ini.

Di petik dari blog lisa hilmi

Monday, November 10, 2008

Remaja 22 tahun Cipta Sejarah

Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).

Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.

Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.

Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.

Kepada sesiapa yang ingin menjadi seperti John Wu anda boleh mulainya.
Sekiranya anda masih berminat untuk memulakan perniagaan internet dan tidak tahu cara membina laman web niaga kit adalah caranya. Anda tidak perlu susah-susah pikirkan caranya. Niaga Kit adalah pakej yang lengkap. Jadi apa tunggu lagi, anda mampu mengubahnya

Kedai Online

Friday, November 7, 2008

Tips pasarkan produk secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perniagaan Internet bukan lagi sesuatu perkara yang baru malah era perniagaan Internet ini bermula semenjak tahun 1998 lagi. Pada ketika itu di Malaysia kita baru mengenali apa itu Internet dan jauh sekali untuk memikirkan cara untuk menjana wang di Internet.

Apabila disebut perniagaan Internet secara umumnya ia terbahagi kepada 3 iaitu produk fizikal, produk digital dan perkhidmatan. Produk yang paling popular diniagakan di Internet buat masa sekarang sudah tentu produk informasi iaitu produk digital. Namun, anda juga perlu tahu bahawa peluang perniagaan produk fizikal masih terbentang luas buat anda, tambah-tambah lagi di pasaran tempatan.

Benarkah Semua Produk Boleh Dijual di Internet?

Banyak produk boleh dijual di Internet seperti jam tangan, tikar, baju, kasut dan sebagainya. Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa produk-produk sebegini tak boleh di jual dalam Internet kerana pelanggan perlu sentuh, cuba dan sebagainya. Namun, semua alasan tersebut tidak boleh diguna pakai sama-sekali!

Ya, nasihat saya buat anda jangan hanya sekadar mendengar pandangan orang lain tetapi cubalah sendiri menjual barangan secara online. Namun, satu masalah untuk anda memulakan perniagaan Internet ialah anda tidak tahu bagaimana untuk membina laman web.

Tiga Jalan Penyelesaian Buat Anda!

Baiklah secara ringkas terdapat 3 cara untuk anda membina kedai online anda. Antaranya ialah:

1) Belajar sendiri kod-kod programming seperti HTML, CSS, PHP, AJAX dan sebagainya. Selepas anda menguasai semua kod-kod di atas, maka bolelah anda membina kedai online anda sendiri.
2) Anda juga boleh mengupah programmer untuk membina kedai online untuk anda. Oh ya, sediakan juga duit sekurang-kurangnya RM5000 untuk memiliki kedai online anda sendiri.
3) Anda juga boleh menggunakan sistem yang telah siap seperti Zen Cart, Oscommerce, Cubecart dan sebagainya. Oh ya, pastikan anda mempunyai masa yang banyak untuk mengkaji sistem-sistem ini dan juga wang ringgit untuk membeli template bagi sistem tersebut.

Itulah dia 3 cara yang boleh anda ceburi untuk membina kedai online anda sendiri. Namun saya akaui bahawa ketiga-tiga cara di atas sebenarnya sangat susah dan memakan masa untuk menguasainya. Sebenarnya masih ada satu cara lagi untuk anda membina kedai online anda sendiri dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh menggunakan NiagaKit!

Apa Yang NiagaKit Boleh Bantu Anda?
Dengan NiagaKit anda dapat memasakan produk anda di Internet tanpa menghadapi sebarang masalah. Team FlareBiz akan lakukan segala-galanya untuk anda! Mereka akan memberikan domain + hosting secara percuma buat anda, reka bentuk header yang menawan, manual PDF + Video, support dan banyak lagi! Kelak anda akan memiliki kedai online seperti berikut: Demo

Jadi Apa Anda tunggu lagi, buatlah pilihan anda:
Kedai Online

Monday, November 3, 2008

Sistem Niaga Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah pada kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang produk
NiagaKit yang akan dilancarkan pada 1 November ini. Ingin saya
tegaskan di sini bahawa produk pada kali ini bukanlah sistem
buat duit di mana anda laburkan wang untuk membeli dan duduk diam
dapat duit.

NiagaKit sebenarnya adalah sistem ecommerce ataupun dengan
kata mudah ialah sistem kedai online.

Seperti yang sedia maklum ramai yang ingin memulakan perniagaan
Internet tetapi tidak pandai bagaimana ingin membina laman web. Ini
membuatkan semangat mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan
Internet terbantut. Jadi dengan NiagaKit semua itu dapat
diselesaikan dalam sekelip mata.
Anda boleh lihat demo NiagaKit di sini demo kit

Kedai Online