Monday, December 1, 2008

Cerita & Mitos Perniagaan Internet

Seringkali anda mendengar beberapa pernyataan seperti ini:
“bayar sekali, kemudian goyang kaki”
“hanya perlu cari dua orang sahaja”
“satu juta dalam masa 7 hari”
“modal sekali sahaja untuk menyertai program e-dagang kami”
“tak perlu susah-susah berniaga, gunakan sistem autopilot kami!”
“jana duit dengan mudah tanpa perlu berkomunikasi dengan sesiapa”
Sudah pasti anda sudah dan pernah terdedah dengan ayat-ayat sebegitu bukan?
Ketahuilah, itu semua BUKAN perniagaan internet yang sebenar. Ia hanya ingin
menjerat anda tatkala anda sedang mencari pendapatan tambahan. Kebanyakan
program di internet adalah skim cepat kaya yang haram di sisi undang-undang
malah tidak jelas hukumnya di dalam Agama.
Di dalam perniagaan internet, terdapat beberapa mitos yang sentiasa dipercayai
oleh kebanyakan orang:

1. Membuat wang di internet adalah begitu mudah!
Ketahuilah, perniagaan internet bukan semudah disangka, tetapi jika kena
caranya, yang susah akan jadi mudah, terancang dan tersusun. Banyak perkara
perlu dilakukan sebelum anda berjaya mendapatkan hasil jualan yang
memberangsangkan. Anda perlukan masa, usaha yang gigih, kesabaran,
perancangan yang betul serta teknik yang berkesan. Pendek kata, perniagaan
internet adalah sama juga seperti perniagaan konvensional! Seperkara lagi
adalah, proses pembelajaran adalah setiap masa. Saya sendiri sekarang terus
menerus belajar mengenai perniagaan dan pemasaran internet.

2. Sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan internet atau menjana wang
di internet
Tidak semua orang sesuai dan boleh menjadi usahawan internet, sebab
perniagaan internet juga memerlukan ciri-ciri atau nilai keusahawanan itu sendiri.
Jika anda tiada nilai keusahawanan atau business-minded, amat susah untuk
anda maju ke hadapan. Seorang usahawan memerlukan ciri-ciri yang berdayasaing,
sanggup hadapi risiko, berani, berfikiran jauh dan pelbagai lagi sifat yang
penting. Adakah anda memiliki atau boleh memiliki ciri ini?
Begitu juga dengan umur, untuk melakukan sesuatu transaksi jualan contohnya,
anda mesti berumur 18 tahun atau mengikut undang-undang tertentu. Jika di
dalam Islam, anda mesti lengkap dengan syarat-syaratnya agar sah proses jualbeli.

3. Boleh kaya dengan masa yang singkat
Tidak begitu mudah seperti itu. Seorang usahawan internet yang sebenar
biasanya akan mengambil masa untuk mendapat keuntungan pertamanya.
Pemikiran atau mitos sebegini biasanya dipercayai oleh mereka yang berfikiran
tamak, tidak mahu berusaha dan tidak mahu bersusah payah. Pemikiran
sebeginilah punca utama tumbuhnya program-program yang haram di sisi
undang-undang dan Agama, dan pemikiran inilah membuatkan perniagaan
internet anda tidak bergerak maju dan tidak membuahkan hasil!

4. Untuk membangunkan perniagaan internet, ia percuma dan tidak
perlukan kos Tidak dinafikan banyak benda yang percuma di internet seperti perisian, hosting percuma, ebook percuma, domain percuma, tetapi yang percuma itu
kebanyakannya tidak sesuai untuk anda melakukan bisnes internet anda sendiri
dengan kukuh. Anda perlu tahu, untuk mendapatkan pelanggan, anda perlu
melakukan pemasaran yang efektif dan berkesan, maka sudah tentu
kebanyakkannya anda perlu melabur sedikit. Yang gembiranya, kos untuk
perniagaan internet tidaklah setinggi perniagaan biasa. Untuk membina
perniagaan yang stabil dan berdaya saing, anda perlu mengeluarkan sedikit
modal untuk membeli buku rujukan, bengkel, ebook, hosting, nama domain dan
kos untuk pemasaran.

5. Sudah terlambat untuk memulakan perniagaan internet Ketahuilah, dunia internet ini begitu luas dan anda juga boleh maju dan berjaya jika kena caranya. Di dalam bengkel ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk bersaing dengan usahawan internet yang telah berjaya. Jika mereka boleh mendapat keuntungan yang banyak, mengapa tidak anda? Ketahui satu perkataan yang akan menjawab kesalahan mitos karut ini. Anda juga perlu tahu, setiap tahun bilangan pengguna internet juga terus meningkat dengan
mendadaknya.

6. Pendapatan yang besar melalui bisnes internet hanya penipuan semata dan hanya omong kosong! Pegangan ini tidak kurang juga di kalangan kebanyakan orang. Walaupun perniagaan internet memerlukan kos yang rendah, namun anda jangan menafikan yang ia akan mendatangkan pendapatan yang tidak disangkasangka.
Pokoknya seperti yang dikatakan, anda perlu berusaha gigih dan
melakukan dengan cara yang betul.

7. Saya tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat dot com yang besar
Ramai yang mengatakan tidak mampu untuk bersaing dan menandingi kehebatan
Google, Yahoo dan Amazon. Jawapan untuk mitos ini juga sudah terjawab pada
point kelima. Mitos ini tidak benar kerana kita bukan ingin bersaing secara terus
dengan mereka, sebaliknya kita menggunakan konsep ‘Niche Marketing’.

8. Semua pengguna internet di dunia adalah bakal pelanggan saya
Tidak sama sekali kerana pengguna internet ada keperluan dan kehendak
tersendiri mengapa mereka menggunakan internet. Maka di sini, anda perlu tahu
bagaimana untuk ‘memanipulasi’ pengguna internet yang masing-masing di
dalam pasaran tersendiri.

9. Anda tidak perlu tahu sangat mengenai perkara teknikal
Mungkin jawapan ini melemahkan semangat anda sedikit. Tetapi hakikatnya,
anda perlu tahu sekurang-kurangnya perkara asas mengenai hal-hal teknikal
seperti asas penggunaan komputer, pembinaan laman web, autoresponder,
penggunaan hosting dan cara meng-upload fail laman web ke internet. Pendek
kata, anda perlu belajar dan menguasainya tetapi tidaklah perlu sehingga ke
tahap pakar. Mulakan belajar sedikit demi sedikit perkara teknikal sebegini atau
di peringkat permulaan, upahlah mereka yang dapat membantu anda jika anda
ingin cepat dan tidak mahu menunggu, tetapi di dalam masa yang sama, belajar.

10. Perlu berada 24 jam di depan komputer dan melayari internet
Bergantung kepada model perniagaan internet yang anda pilih. Seperti saya,
saya melakukan servis / perkhidmatan pembinaan laman web, maka sudah tentu,
sebahagian masa saya perlu diluangkan di hadapan komputer untuk melakukan
kerja. Tetapi yang fleksibelnya, saya boleh melakukan kerja ini di mana-mana
sahaja dengan syarat ada talian internet.
Jika model anda menjual produk, anda hanya perlu menyemak pesanan / order
sahaja di kotak (inbox) emel anda. Pendek kata, anda hanya perlu luangkan
beberapa jam sahaja sehari di internet untuk menambah pendapatan anda. Maka
sudah tentu perniagaan internet sesuai untuk mereka yang ingin menambah
pendapatan seharian tetapi hanya secara sambilan. Malah, di satu keadaan
tertentu, anda hanya perlu menunggu cek sampai ke rumah ataupun wang terus
masuk ke akaun bank anda sahaja pada tempoh tertentu. Tugas yang lain,
semuanya telah diautomasikan.

11. Siapkan laman web dan pelanggan akan datang sendiri!
Inilah ‘lawak’ terbesar di dalam perniagaan internet. Anda perlu tahu, terdapat
jutaan laman web di internet. Persoalannya, bagaimana pelanggan akan melawat
laman web anda tanpa anda melakukan sesuatu? Tidak logik bukan? Maka
promosi atau pemasaran adalah jawapannya.
Itulah 11 mitos atau kepercayaan ‘karut’ utama yang berlegar di dalam pemikiran
ramai orang di dunia ini, bukan hanya di Malaysia. Anda mahu menafikan atau
tidak, terserahlah, tetapi hakikatnya, itulah kebenaran yang sudah terbukti.
Maka, teruskan pembelajaran di bengkel ini agar anda lebih jelas dan tahu
bagaimana melakukan perniagaan internet yang sebenar.
(Dipetik dari report SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli)

(Seperti yang sedia maklum ramai yang ingin memulakan perniagaan
Internet tetapi tidak pandai bagaimana ingin membina laman web. Ini
membuatkan semangat mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan
Internet terbantut. Jadi dengan NiagaKit semua itu dapat
diselesaikan dalam sekelip mata. Lihat Niaga Kit Dibawah:)

Kedai Online

0 comments: